Penapis Udara Coway Captain

Okay kat sini aku nak kongsikan model terbaru penapis udara coway captain. Model ni special sikit, dia ada 8 filter yang setiap satunya mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Kat bawah ni aku ada kongsikan gambar penapis udara coway captain ni.

Penapis Udara Coway Captain

Kalau sebelum ni ada 3 jenis model yang memang hangat dipasaran iaitu penapis udara coway Lombok II, coway Tuba dan juga Coway Strom. Kini dengan coway keluarkan lagi satu model terbaru yang dipanggil Captain.

Ramai juga yang masih tertanya-tanya, apa yang bestnya dengan penapis udara captain ni? Jangan risau, hayyad bantu kongsikan dan ceritakan fungsi dan special features dari produk terbaru coway malaysia ni.

Features & Fungsi Coway Captain

Seperti mesin penapis udara coway yang lain juga, coway captain ini mempunyai mode jerebu dan 4 kelajuan kipas angin yang boleh dipilih mengikut kadar yang diinginkan oleh pengguna.

8 Filter Penapis Udara Coway Captain

Selain hanya guna 27 Watt elektrik dan ada lagi fungsi ‘Eco Mode’ untuk bantu jimatkan lagi penggunaan elektrik kat rumah atau pejabat, Coway captain ni juga mempunyai child lock mode untuk elakkan kanak-kanak bermain kat papan kekunci pada coway captian ni. Kalau sebelum ni memang dah macam piano dah anak-anak main papan kekunci ni sebab bunyi tu buat anak-anak lebih teruja.

Coway captain ni juga mempunyai dua sisi sedutan udara untuk membantu pengguna membersihkan udara kawasan sekitar dengan lebih cepat dan pantas. Kat sini hayyad kongsikan sedikit video dan jenis-jenis filter yang ada dalam coway captain ni. Kalau selalunya lepas pakai, memang pengguna akan rasa lebih tenang, selesa dan nyaman sebab sebenarnya coway captain ni akan membantu anda bernafas dengan lebih bahagia.

Kalau nak tahu apa lagi yang penapis udara coway captain ni boleh buat, jangan segan untuk terus tanya hayyad dengan tekan butang dibawah ni. Manalah tahu dapat hadiah special dari hayyad dan layanan 5 bintang dari hayyad kan? Okay terima kasih sudi membaca.


Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge