Kepentingan Penapis Udara Dalam Rumah?

Kalau kita tengok kebanyakan hari ni banyak kanak-kanak yang mudah dapat jangkitan penyakit. Kalau lepas balik dari tadika atau pusat penjagaan kanak-kanak, kebanyakan ada yang sihat ada juga yang berjangkit dari kawan-kawan sekolah. Ini mungkin juga disebabkan oleh jangkita dari keadaan persekitaran.

Berikut adalah diantara penyakit-penyakit yang selalunya menyerang kanak-kanak.

1. HFMD

Penyakit kaki, tangan dan mulut atau HFMD adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Biasanya, virus yang menyerang adalah seperti coxsackie dan enterovirus. Virus-virus ini akan dipindahkan kepada orang lain melalui fecal oral route, iaitu virus yang keluar dari najis pesakit, makanan tersentuh benda-benda yang dicemari oleh unsur najis, hingus, bersin, sentuhan dan air liur.

Lazimnya, penyakit HFMD senang dijangkiti pada kanak-kanak di nurseri, tadika atau sekolah. Tanda-tanda awal mereka yang menghidap penyakit ini ialah demam, ulcer mulut, ruam pada kaki dan tangan serta dehidrasi.

Segelintir kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan mengalami komplikasi seperti meningitis (otak) dan myocarditis (jantung) yang boleh membahayakan.

Cara mencegahnya adalah dengan menjaga kebersihan rumah dengan baik. Jangan hantar anak anda ke sekolah jika dijangkiti penyakit tersebut. Sementara itu, pihak taska pula perlulah memainkan peranan dengan memastikan kanak-kanak yang mengalami demam dan ruam badan tidak dihantar ke sekolah.


2. ROTAVIRUS

Rotavirus adalah sejenis penyakit cirit-birit akut yang melanda bayi dan kanak-kanak. Antara simptom awal yang dialami oleh kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini ialah muntah-muntah, cirit-birit, demam dan dehidrasi.

Punca utama penyakit rotavirus ialah tahap kebersihan yang kurang baik di sekeliling. Penyakit ini tersebar melalui najis yang terkena rotavirus iaitu disebarkan melalui tangan, objek-objek lain atau mungkin juga melalui pernafasan. Rotavirus juga boleh tersebar melalui air dan boleh kekal di najis manusia sehingga seminggu serta hidup di tangan manusia.

Penyakit ini boleh dicegah dengan cara pemberian vaksin Rotavirus kepada kanak-kaak yang boleh diambil seawal usia bayi 8 minggu hingga 8 bulan. Selain itu, ibu bapa perlu memastikan kebersihan kawasan rumah, kebersihan makanan dan kawasan sekeliling. Didiklah anak anda untuk membasuh tangan sebelum memegang makanan. Ibu bapa juga perlu menitik beratkan kebersihan semasa menyediakan makanan kepada anak-anak seperti memasak makanan dengan kepanasan yang sempurna dan mendidihkan air sebelum hendak diminum.

Diagram of Rota virus particle structure

3. DEMAM

Demam merupakan salah satu sebab utama kemasukan kanak-kanak ke wad. Malah, dianggarkan antara 20% -40% kanak-kanak mengalami masalah demam setiap tahun.

Biasanya, demam dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kebarangkalian demam yang disebabkan oleh jangkitan kuman yang serius adalah kecil dan pada kebanyakan masa, demam seringkali disebabkan oleh jangkitan virus.

Sistem pertahanan atau antibodi badan kanak-kanak itu sendiri akan cuba melawan jangkitan virus tersebut dan ia biasanya akan baik dengan sendirinya. Secara amnya, suhu badan yang melebihi 37.5 °C adalah demam.

Jika anak anda mengalami tanda-tanda kulit pucat, kurang aktif, sukar bernafas atau demam yang berpanjangan, segeralah membawa anak anda berjumpa dengan pakar kanak-kanak.

Bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang demam tetapi masih lagi aktif bermain, anda masih perlu memantau anak anda dengan memastikan badannya mendapat air yang mencukupi.

sumber : https://100comments.com/blog/5-fakta-penyakit-kanak-kanak/

========================================================================================

Banyak kaedah yang boleh ibu bapa lakukan untuk memastikan anak mereka sentiasa sihat wal afiat diantaranya :

1. Minum Air Putih (Kosong) yang cukup untuk cecair bantu mengawal suhu badan kita dan anak-anak.

2. Kerap bersenam.

3. Pastikan anak-anak dapat imunisasi yang cukup ikut had umur masing-masing.

4. Pastikan pusat jagaan kanak-kanak anda berdaftar dan mempunyai kelulusan yang sepatutnya.

5. Boleh gunakan PENAPIS UDARA COWAY< untuk bantu mengurangkan potensi bakteria berjangkit dengan mudah.

Penapis Udara Coway Lombok

Membantu dengan sedikit info? Kongsikan dengan rakan-rakan. Semoga Melimpah Rezeki Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *